
“Adoiiii…...
sakitnya!.. Dhia terjerit kecil kerana terasa sakit dan perit disikunya.
“Siapa pulak
lah yang langgar aku ni”. Hati Dhia jadi panas bila dia jatuh dalam longkang
yang taklah seberapa dalam tapi malu jugaklah sebab jatuh dalam longkang. Apatah
lagi time rehat macam ni, almaklum jerlah ramai ke tak ramai pekerja yang
lalu-lalang dapat menyaksikan adegan mukanya tercium longkang. Memang
betul-betul hari ini dalam sejarah dalam hidup Dhia. belum pernah dalam sejarah
hidupnya jatuh dalam longkang. Digagahkan dirinya untuk bangun walaupun
dirasakan mukanya sudah tebal berinci-inci dan siku tangannya mula terasa perit
dan luka kerana terjatuh diatas seketul batu.
“ Awak tak
apa-apa ke? Tanya lelaki tu.
“Tak apa-apa
awak kata?. Awak tak nampak ke saya jatuh dalam longkang ni, buta ke?
Marah Dhia tapi dengan nada yang
agak perlahan namun agak keras. Sungguh memang dia marah tapi demi menjaga air
muka lelaki itu diperlahan kan juga suaranya
agar tak kedengaran oleh rakan sekerja yang lain.
“ I'm really sorry Cik...?????
“ Dhia..!. Dhia
Insyirah”. Alya menjawab bagi pihak sahabatnya itu.
“Ooiii...kenapa
kau bagitau nama aku kat mamat ni?”. Dhia yang tidak berpuas hati berbisik
dengan nada suara yang cukup jelas kegeramnnya di telinga Alya.
“Dah dia tanya
kau tak jawab, aku tolonglah jawabkan. Kesian dia kau buat macam tu. Lagipun he already says sorry justnow, am I right.
Dhia mengetap bibirnya tanda protes. Apa-apa pun dia memang tengah bengang
dengan Alya sekarang kerana membela lelaki dihadapannya ini. Aku ni kan kawan
baik dia yang dia dok sokong mamat ni apahal. Desis hatinya kerana teramat
geram.
“ Saya
betul-betul mintak maaf Cik Dhia, bukannya sengaja saya nak langgar awak tadi
tapi saya betul-betul nak cepat, sampai tak nampak awak kat depan saya.
“ Mata tu lain
kali jangan letak kat lutut, memang lah tak nampak. Lain kali jalan pandang
depan. Jawab Dhia dengan nada yang geram dan kasar. Alya yang mendengar
disebelahnya jelas kurang senang dengan kata-kata Dhia Insyirah lalu bertindak
campur tangan.
“Takpelah
Encik....????
“Saya Nazmi”
jawab lelaki tu ramah.
“ Ooo..Encik
Nazmi yer, don't worry lah. Kawan
saya ni dah ok pun. Tak payahlah Encik nak mintak maaf segala lagipun kawan saya ni bukan cedera
parah pun samapai nak masuk ICU. Sikit jer tu.
“Kau ni kan,
sengaja nak kenakan aku yer. Apasal kau bagitau nama aku tadi, ada aku suruh
ke? sudahlah kau dari tadi asyik bela dia”. Bisik Dhia perlahan di telinga
Alya.
“ Kalau orang
tanya kita kenalah jawab, tak jawab dosa pulak”. Jawab Alya selamba.
“ Sekali lagi saya minta maaf, saya
ada hal mustahak yang nak diuruskan sekarang, nanti kita jumpa lagi”. Lelaki
itu berlalu meninggalkan mereka berdua.
“ Mamat tu hensem tak Dhia?”
Alya cuba memancing mood Dhia Insyirah yang
tersangatlah tegang muka dia. Rasanya muka monyet kat Zoo pun lagi manis
agaknya masa sekarang ni. Muncung dia tu dah macam mulut itik sudu air lagaknya
boleh sangkut hanger...hehehehehe...Alya bermonolog sendiri memikirkan Dhia
Insyirah
“ Hensem”?????.
“10 kali hensem lagi atok aku kat kampung”. Dengan
angkuhnya Dhia menjawab. memang diakui Nazmi memang kacak tapi dek kerana
lelaki itu telah memalukannya didepan ramai orang dia menafikan
sekeras-kerasnya kehenseman lelaki itu.
“ Biar betul
atok kau lagi hensem!!, kalau macam tu kau kenalkan lah atok kau kat aku. Tak
payah susah-susah aku nak cari pakwe. Boleh jugak aku merasa jadi nenek muda
kau. Hahahahahaha...mesti kau bangga dapat nenek muda macam aku yang cun lagi
meletup ni…”
“Pap…!!!
satu tamparan lembut singgah dibahu Alya Adawiyah.
“ Ada jugak
yang makan penampar kat muka ni karang”. Dhia mendengus geram.
Tak habis-habis minah ni nak
kenakan aku, ikutkan hati aku yang panas ni ada yang cium longkang macam tadi.
“ Jomlah masuk
keje, waktu rest pun dah nak abis ni. Perut memang lah lapar tapi disebabkan
insiden tadi tiba-tiba selera makan Dhia hilang begitu saja”.
“ Tapi aku tak
makan lagi ni, perut aku lapar. Dahlah tadi tak breakfast”. Alya mengeluh
perlahan.
“Ada aku
kisah?”. Jawapan Dhia yang membuatkan Alya mejuihkan bibir dan terus berlalu
meninggalkannya.
“ Merajuklah
tu... Ada aku kisah”. Sekali lagi Dhia stereotype ayat power itu sambil
tersengih sendiri. Biarkan Alya merajuk. Tak kuasa dia nak pujuk. Tadi bukan
main lagi dia sokong mamat tu. Aku yang kawan baik dia ni langsung dia tak
bela. Huhh…kecik hati tau.
kepada semua pembaca sudikah kiranya memberi komen pada penulisan saya. Insya-Allah saya akan terima dengan hati yang ikhlas
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila nak masuk yang baru ni
ReplyDelete