“ Makkk aaiiihh…!!!.
Hensemnya mamat ni. Anak siapa lah
yang kacak lagi bergaya ni. Kat kilang ni rasanya belum pernah aku nampak
lelaki hensem selain dari Ikmal dengan lelaki yang buat Dhia Insyirah tercium
longkang kelmarin. Memang cukup pakej kalau nak buat suami ni....Hehehehhe.
Nora mula memasang angan-angan
untuk menggoda dan memikat lelaki yang baru melangkah masuk ruangan lobi
pejabat.
“Assalamualaikum……”.
“Waalaikumsalam…… Ya Encik, ada
apa-apa yang boleh saya bantu”.
Tanya Nora dengan sopan dan lemah
lembut. Kalau siapa yang tak kenal dengan Nora memang lah boleh cair tahi
telinga mendengar suaranya yang menggoda tu. tapi kalau dah
kenal….wuueekkk!!!...rasa macam nak muntah pun ada. Gedik sangat gayanya.
“ Saya nak berjumpa dengan Puan
Izzah, boleh tolong saya panggilkan dia?. Pinta Danial
“ Boleh saya tahu nama Encik?”.
Soalnya lagi
“ Saya Danial”. Jawab lelaki itu
sambil melemparkan senyuman yang cukup manis pada Nora. Terkedu seketika Nora
dibuatnya. Alahai….manisnya senyuman dia. Boleh kena diabetes aku kalau jumpa orang hensem macam ni
hari-hari. Kalau boleh dirasa senyuman itu mesti rasa nya semanis gula…. tak
pun madu. Hehehehe….nakal betul. Behave
yourself Nora.
“ Sebentar Encik Danial, saya buat
panggilan pada Puan Izzah”. Balas Nora sambil membalas senyuman Danial sebentar
tadi.
Dari jauh kelihatan kelibat Izzah
menghampiri Nora di kaunter receptionis. Nora turut memperkenalkan Encik Danial
kepada Izzah. Lelaki yang ingin berjumpa dengannya sebentar tadi.
“ Maafkan saya Encik Danial, dah
lama tunggu”. Soal Izzah dengan ramah
“ Tak, saya baru saja sampai”.
Balas Danial perlahan sambil
“ Baiklah….Mari Encik Danial saya
tunjukkan bilik Encik”.
“ Okey… tapi sebelum tu tolong
hantar saya jumpa Nazmi dulu ya. Pinta Danial sambil mengerling Nora yang
berada di hadapannya. Segaris senyuman dihadiahkan sekali lagi buat Nora yang
ralit memerhatikannya sedari tadi. Saja dia ingin membuai perasaan gadis genit
itu. First time jumpa dah pandai bermain mata dengannya. Eeee….sungguh menyeramkan.
Izzah hanya
tersenyum sambil mengangguk kepala perlahan. Sementara Nora sudah tersenyum ayu
dengan kelembutan yang ala ala plastik gitu. Dasar perempuan gedik lagi
plastik. Kalau dengan aku nak senyum punyalah payah tapi kalau dengan lelaki
kacak tak suruh senyum pun tersengih-sengih macam kerang busuk. Bisik hati
Izzah yang sudah lali dengan gelagat Nora.
“Silakan Encik Danial”. Izzah
memberikan laluan kepada Danial untuk jalan mendahuluinya. Bilik Nazmi menjadi arah tuju mereka.
Tok..!!!..Tok!!!...Tok.
“ Come in…!!!”. arah Nazmi dari
dalam pejabatnya.
“ Encik Nazmi…., tetamu yang encik
tunggu dah sampai. Saya suruh dia masuk sekarang ya?”. Beritahu Izzah ketika
berada di hadapan pintu bilik majikannya itu.
“Okey… Thanks Izzah..”. Balas
Nazmi
“ Silakan Encik Danial. Yang itu
bilik Encik Nazmi. Izzah menunjukkan jari telunjuknya ke arah bilik Nazmi.
“ Baiklah…terima kasih Izzah”.
Balas Danial dengan perlahan.
“ Assalamualaikum….!!”.
“ Waalaikumsalam…..!.”.
Jawab Nazmi dengan nada yang cukup ceria
sambil melangkah mendapatkan sahabat baiknya itu dan mereka pun bersalam serta
berpelukan antara satu sama lain seperti sudah lama tidak berjumpa.
“ What a
surprise you bring me here man..!!! siap secretary kau cakap tadi dah
sediakan bilik aku”. Soal Danial sebaik melabuhkan punggungnya di sofa.
“
Nothing.., just wanna see my best friend forever. Takkan tak boleh kot?
“ Bukan tak boleh, tapi agak pelik
sikitlah. Sejak kita habis study aku dah jarang jumpa kau. Nak ajak keluar
pergi minum pun punyalah payah. Tup…tup.. sekarang kau nak jumpa aku.
I'm so surprised you know?. Jawab Danial.
“ Okey...okey..!!
straight to the point, aku memang ada hal nak cerita pada kau. Nak mintak
pertolongan ikhlas dari kau”.
“ Lain macam jer bunyinya.
Pertolongan ikhlas yang macamana kau nak aku buat tu?”. Soal Danial ingin kan penjelasan dari Nazmi.
“Macam ni…aku nak minta tolong kau
jadi assistant aku kat kilang ni buat
sementara waktu. Macamana...?. Boleh…?. Aku bayarlah gaji kau nanti. Nazmi
sangat-sangat berharap yang Danial akan bersetuju dan membantu menjayakan
rancangannya.
“Wooowooowooo!!!!”
“That
a big problem to me bro. Then who wanna takeover my place. I didn’t trust anyone else
to replace my post. I won’t to take any risks. Bahaya beb…, boleh lingkup
company aku nanti. Dah lah umur syarikat
aku tu baru setahun jagung”. Danial cuba menolak tawaran Nazmi secara baik dan
berhemah. bimbang Nazmi akan berkecil hati dengannya.
“Rilekslah kawan….aku bukan nak suruh kau
kerja tetap kat sini. Part-time jer
gantikan aku. Kira macam berlakon jadi bos…That’s
all. Sekali sekala saja kau datang kilang ni. Itupun bila aku perlukan kau
datang lah. Terang Nazmi dengan
bersungguh-sungguh. Takut jugak kalau Danial menolak cadangan tadi. Rosak
program yang disusun rapi olehnya semalam.
“ Kau suruh aku
kerja part-time kat sini. Berlakon…??
Biar betul ni. Aku tak salah dengar ke?”. Soal Danial seperti tidak percaya.
“Betullah!! aku
serius ni, muka aku ni ada rupa orang main-main ke?”.serius suara Nazmi.
“Takde
lah....tapi sebab apa pulak, kau kan bos. Takkan nak aku berlakon jadi bos
pulak. Abis tu kau jadi apa pulak kat sini?. Takkan tak cukup lagi staff kat
kilang ni sampai nak aku kerja sini?”. Danial masih tak faham kenapa Nazmi
beria-ia menyuruh dia kerja disitu. Sedangkan Nazmi sendiri mampu menguruskan
sendiri tanpa bantuannya. Mesti dia ada planning sesuatu. Desis Danial didalam hatinya.
“ Aku nak kau
gantikan aku jadi bos kat sini dan aku jadi P.A kau. Aku percayakan kau sebab itu aku taknak ambil
orang lain buat kerja ni”. Jelas Nazmi yang memilih Danial untuk membantunya
kerana Danial adalah sahabat baiknya yang boleh dipercayai dan boleh
diharapkan.
“WHAT..???????. Are you kidding me?”.
Jelas muka Danial menunjukkan rasa terkejut yang amat sangat. Kenapa Nazmi nak
buat macam tu. Di luar sana berebut-rebut orang buat bisnes sebab nak jadi bos.
Tapi dia yang dah jadi bos nak suruh aku gantikan dia jadi bos.
Pelik..pelik..desis hati Danial.
“ Nope..I'm not kidding..I’m just doing this
for my future”. Jawab Nazmi dengan muka yang agak serius di mata Danial.
“ But why…???. soal Danial yang masih
belum berpuas hati selagi Nazmi tidak berterus terang. Dia dapat merasakan yang
Nazmi ada menyembunyikan sesuatu di luar pengetahuannya.
“ Alahai....kau
bukan ganti aku terus, just represent for
me if any important cases, that’s all.
Kalau ada apa-apa meeting dengan
staff kau akan jumpa diaorang and I’ll
stay by your side. Cuma kalau ada meeting dengan clients aku akan pergi
sendiri.
“ Okey...but i'm still confuse why need you to
do this. What’s your intention
actually”. Danial cuba memprovokasi Nazmi supaya lelaki itu
memberitahu rancangannya. Setelah
berfikir secara mendalam dan menarik nafas sedalam-dalamnya akhirnya Nazmi
menjelaskan kedudukan yang sebenarnya pada Danial kenapa dia berbuat
sedemikian.
“ I'm falling’ in love with someone special”.
Nazmi berterus-terang tanpa
berselindung dengan Danial. Bimbang
kalau tidak diceritakan hal
sebenar Danial tak sudi untuk menghulurkan bantuan. Alamat tidur malamnya akan
terganggulah nampak gayanya. Nazmi berjanji pada dirinya tidak akan melepaskan
Dhia Insyirah ke tangan orang lain kerana Dhia Insyirah adalah cinta pandang
pertamanya. Belum pernah dia berperasaan sedemikian rupa dengan mana-mana gadis
sebelum ini hanya dengan Dhia Insyirah sahaja perasaan itu terbit dalam hatinya
yang tulus dan ikhlas. Jadi dia harus
mengambil tindakan segera. Semalam dia ada terserempak dengan Ikmal yang
seolah-olah cuba untuk mendekati Dhia Insyirah membuatkan hatinya bertambah gusar.
Setelah puas berfikir semalaman akhirnya Nazmi membuat keputusan untuk meminta
bantuan Danial sahabat baiknya ketika sama-sama menuntut di Melbourne.
Dulu-dulu pun bila ada masalah Danial jugalah yang dicari Nazmi. Jadi tak salah
kiranya dia meminta bantuan Danial sekali lagi demi kebahagiaan masa depannya.