Followers

Wednesday, 4 April 2012

Bakal isteriku Si minah Kilang 2


“Adoiiii…... sakitnya!.. Dhia terjerit kecil kerana terasa sakit dan perit disikunya.
“Siapa pulak lah yang langgar aku ni”. Hati Dhia jadi panas bila dia jatuh dalam longkang yang taklah seberapa dalam tapi malu jugaklah sebab jatuh dalam longkang. Apatah lagi time rehat macam ni, almaklum jerlah ramai ke tak ramai pekerja yang lalu-lalang dapat menyaksikan adegan mukanya tercium longkang. Memang betul-betul hari ini dalam sejarah dalam hidup Dhia. belum pernah dalam sejarah hidupnya jatuh dalam longkang. Digagahkan dirinya untuk bangun walaupun dirasakan mukanya sudah tebal berinci-inci dan siku tangannya mula terasa perit dan luka kerana terjatuh diatas seketul batu.

“ Awak tak apa-apa ke? Tanya lelaki tu.
“Tak apa-apa awak kata?. Awak tak nampak ke saya jatuh dalam longkang ni, buta ke?
Marah Dhia tapi dengan nada yang agak perlahan namun agak keras. Sungguh memang dia marah tapi demi menjaga air muka  lelaki itu diperlahan kan juga suaranya agar tak kedengaran oleh rakan sekerja yang lain.

I'm really sorry Cik...?????
“ Dhia..!. Dhia Insyirah”. Alya menjawab bagi pihak sahabatnya itu.
“Ooiii...kenapa kau bagitau nama aku kat mamat ni?”. Dhia yang tidak berpuas hati berbisik dengan nada suara yang cukup jelas kegeramnnya di telinga Alya.
“Dah dia tanya kau tak jawab, aku tolonglah jawabkan. Kesian dia kau buat macam tu. Lagipun he already says sorry justnow, am I right. Dhia mengetap bibirnya tanda protes. Apa-apa pun dia memang tengah bengang dengan Alya sekarang kerana membela lelaki dihadapannya ini. Aku ni kan kawan baik dia yang dia dok sokong mamat ni apahal. Desis hatinya kerana teramat geram.
“ Saya betul-betul mintak maaf Cik Dhia, bukannya sengaja saya nak langgar awak tadi tapi saya betul-betul nak cepat, sampai tak nampak awak kat depan saya.
“ Mata tu lain kali jangan letak kat lutut, memang lah tak nampak. Lain kali jalan pandang depan. Jawab Dhia dengan nada yang geram dan kasar. Alya yang mendengar disebelahnya jelas kurang senang dengan kata-kata Dhia Insyirah lalu bertindak campur tangan.
“Takpelah Encik....????
“Saya Nazmi” jawab lelaki tu ramah.
“ Ooo..Encik Nazmi yer, don't worry lah. Kawan saya ni dah ok pun. Tak payahlah Encik nak mintak maaf  segala lagipun kawan saya ni bukan cedera parah pun samapai nak masuk ICU. Sikit jer tu.

“Kau ni kan, sengaja nak kenakan aku yer. Apasal kau bagitau nama aku tadi, ada aku suruh ke? sudahlah kau dari tadi asyik bela dia”. Bisik Dhia perlahan di telinga Alya.

“ Kalau orang tanya kita kenalah jawab, tak jawab dosa pulak”. Jawab Alya selamba.
“ Sekali lagi saya minta maaf, saya ada hal mustahak yang nak diuruskan sekarang, nanti kita jumpa lagi”. Lelaki itu berlalu meninggalkan mereka berdua.

 “ Mamat tu hensem tak Dhia?”
 Alya cuba memancing mood Dhia Insyirah yang tersangatlah tegang muka dia. Rasanya muka monyet kat Zoo pun lagi manis agaknya masa sekarang ni. Muncung dia tu dah macam mulut itik sudu air lagaknya boleh sangkut hanger...hehehehehe...Alya bermonolog sendiri memikirkan Dhia Insyirah
“ Hensem”?????.
“10 kali  hensem lagi atok aku kat kampung”. Dengan angkuhnya Dhia menjawab. memang diakui Nazmi memang kacak tapi dek kerana lelaki itu telah memalukannya didepan ramai orang dia menafikan sekeras-kerasnya kehenseman lelaki itu.
“ Biar betul atok kau lagi hensem!!, kalau macam tu kau kenalkan lah atok kau kat aku. Tak payah susah-susah aku nak cari pakwe. Boleh jugak aku merasa jadi nenek muda kau. Hahahahahaha...mesti kau bangga dapat nenek muda macam aku yang cun lagi meletup ni…”

“Pap…!!!
 satu tamparan lembut singgah dibahu Alya Adawiyah.
“ Ada jugak yang makan penampar kat muka ni karang”. Dhia mendengus geram.
Tak habis-habis minah ni nak kenakan aku, ikutkan hati aku yang panas ni ada yang cium longkang macam tadi.
“ Jomlah masuk keje, waktu rest pun dah nak abis ni. Perut memang lah lapar tapi disebabkan insiden tadi tiba-tiba selera makan Dhia hilang begitu saja”.
“ Tapi aku tak makan lagi ni, perut aku lapar. Dahlah tadi tak breakfast”. Alya mengeluh perlahan.
“Ada aku kisah?”. Jawapan Dhia yang membuatkan Alya mejuihkan bibir dan terus berlalu meninggalkannya.
“ Merajuklah tu... Ada aku kisah”. Sekali lagi Dhia stereotype ayat power itu sambil tersengih sendiri. Biarkan Alya merajuk. Tak kuasa dia nak pujuk. Tadi bukan main lagi dia sokong mamat tu. Aku yang kawan baik dia ni langsung dia tak bela. Huhh…kecik hati tau.

Bakal isteriku Si minah Kilang 1